Spesifikasi
Ringan, tanpa rangka kerja berat
- Bahasa
- PHP 8.1 ke atas, kod natif
- Pangkalan data
- MariaDB 10.6+ atau MySQL 8
- Pelayan
- Apache atau Nginx. Hosting cPanel dan VPS disokong
- Antara muka
- Bootstrap 5, mesra telefon, tiada Node diperlukan
- Gerbang
- ToyyibPay, Billplz, CHIP, senangPay
- E-mel
- SMTP mana-mana penyedia
- Bahasa UI
- Bahasa Melayu
Soalan lazim
Sebelum anda bertanya
Wang pendaftaran masuk ke akaun siapa?
Terus ke akaun gerbang bayaran penganjur. Kami tidak memegang wang peserta, dan tiada caj per peserta daripada kami.
Boleh guna nama, logo dan warna acara sendiri?
Boleh. Nama acara, logo, warna jenama, fon, teks hero, awalan nombor bib, templat bib dan sijil semuanya diubah dari panel admin tanpa sentuh kod.
Berapa lama untuk mula buka pendaftaran?
Untuk Hos Acara, biasanya 2 hingga 3 hari bekerja selepas kami terima logo, maklumat kategori dan akaun gerbang bayaran anda.
Bagaimana semakan bukti larian berfungsi?
Peserta muat naik tangkapan skrin dan, jika mahu, fail GPX atau TCX. Sistem membaca jarak, masa dan tarikh dari fail itu dan mencadangkan keputusan. Admin tetap buat keputusan akhir.
Boleh sokong acara tanpa medal, hanya e-sijil?
Boleh. Tandakan pakej sebagai digital, dan peserta pakej itu dikecualikan daripada alamat, kos pos dan senarai penghantaran.
Bolehkah saya jual semula kod ini?
Tidak. Lesen Kod untuk satu domain milik anda. Untuk agensi yang mahu mengendalikan banyak acara pelanggan, hubungi kami tentang lesen agensi.
Bagaimana dengan data peribadi peserta?
Data disimpan dalam pangkalan data di server anda atau server yang kami urus untuk anda. Halaman Terma dan Privasi boleh disunting, fail bukti disimpan di luar folder awam, dan setiap tindakan admin direkodkan dalam log audit.